Seorang pembantu kesihatan di Hospital Ranau, Sabah direman empat hari selepas didapati mengeluarkan kad kesihatan pengendali makanan palsu kepada pengusaha premis makanan di daerah itu.
Hasil siasatan mendapati, lima pengusaha telah mengaku mendapatkan kad kesihatan terbabit daripada suspek dengan bayaran sebanyak RM100 seorang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, hasil pemeriksaan mendapati kad yang dikeluarkan suspek tidak sah manakala cop serta tandatangan adalah palsu.
#BuletinTV3
Ещё видео!