Pada episod kali ini, Fendi akan mencuba makanan minum petang yang menjadi tumpuan penduduk Bandar Baru Bangi, lain tak bukan dari Gerai Karipap Donut Bikin Panas! Walaupun gerai ini hanya memfokuskan makanan-makanan minuman petang seperti Karipap, Donut dan lain-lain, kini mereka mempunyai 8 cawangan di sekitar Lembah Klang! Malah, donut yang bersaiz besar dan karipap inti yang sangat manpat membuatkan semua pelanggan datang lagi untuk menbeli kuih-muih dari gerai ini. Bukan itu sahaja, mereka juga menjual Pasembor Penang yang hanya terdapat di cawangan Bangi sahaja! Sedap tak sedap? Haa..kena tengok sampai habis okay!
📍Lokasi » Karipap Donut Bikin Panas
Berhadapan Farmasi Eureka, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi
☎️Telefon » 019 - 658 2508
#destinasitv #asmr #donut #karipap #bangi
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis ([ Ссылка ]), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Ещё видео!