Perbicaraan membabitkan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembelian banglo dua tingkat bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Pertuduhan terhadap Lim dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dibacakan di hadapan hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail kira-kira jam 9.30 pagi.
Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, manakala Lim diwakili barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.
Terdahulu Lim dan isterinya Betty Chew dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi sambil disambut oleh penyokong yang berkumpul lebih awal.
Hadir sama pemimpin DAP Lim Kit Siang dan isteri, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, Teresa Kok, Chow Kon Yeow dan setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Lim merupakan ketua menteri pertama di negeri itu menghadapi pertuduhan rasuah, walaupun berulang kali mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.
Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari, sehingga akhir bulan Mei.
Ещё видео!