Untuk penggemar biskut raya, kali ni jom kami berikan anda full resepi biskut florentine.Best la kan untuk jadikan koleksi biskut raya.
TELEGRAM FREE CHANNEL : [ Ссылка ]
.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Florentine:
Kuantiti untuk 20-30 kepingan kecil dan nipis.
200 gram tepung florenta
200 gram kuaci hijau
100 gram campuran kuaci putih,badam hiris dan biji labu.
20 gram bijan hitam
.
Cara-cara penyediaan biskut florentine :
#1: Bakar kekacang kecuali bijan hitam dan tepung di dalam oven pada suhu 160'C selama 5 minit untuk keringkan dan keluarkan bau.
#2: Sediakan loyang empat segi bersaiz 14 x 14 inci atau saiz bulat yang di alas dengan parchment paper atau anda guna loyang non stick.
#3: Di dalam bekas, satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga semuanya rata, Tuangkan campuran ke dalam loyang yang telah disediakan. Lapiskan adunan biskut florentine sehingga melitupi ruang loyang.
#4: Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160'C , selepas itu masukkan loyang dan bakar selama 10 minit menggunakan api atas bawah dan baki 5 minit lagi untuk api bawah.
Nak tahu masak ke tidak, tengok tepung mula bertukar cecair jernih seperti gam dan kacang keperangan.Dah boleh keluarkan dah biskut florentine ni. Terus potong empat segi ya dengan pemotong pizza atau pisau.
.
resepi biskut raya,koleksi biskut raya,biskut florentine
Ещё видео!