Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman tidak akan didakwa atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Jabatan Peguam Negara memutuskan perkara tersebut kerana Khairuddin tidak diberi borang untuk kuarantin wajib.
Sebelum ini, menteri PAS Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.
Khairudin sebelum ini membuat kunjungan rasmi ke Turki untuk membincangkan isu berkaitan eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu, selain projek membabitkan kerajaan negeri Terengganu.
Di bawah Akta 342, kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk warga negara dan warga asing untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.
–––––––––––––––––––––––––––––
Klik like sebagai tanda sokongan! Jangan lupa SUBSCRIBE dan klik loceng 🔔 untuk jadi penonton terawal video terbaru kami di Youtube.
––––––––––––––––––––––––––––––
Your contribution matters, support us [ Ссылка ]
Donate to us to show your support and help us sustain as an independent online news portal that delivers breaking news.
Telegram [ Ссылка ]
Website [ Ссылка ]
YouTube [ Ссылка ]
Twitter [ Ссылка ]
Flickr [ Ссылка ]
Facebook [ Ссылка ]
Instagram [ Ссылка ]
Ещё видео!