#sukutemboq #semelai #pahang
Tahukah anda, Suku Temoq adalah Orang Asli yang ke 19 dalam sub etnik 18 suku kaum.
Suku Temoq tidak di terima secara rasmi sebagai salah satu sub etnik Orang Asli proto malay. Ia dianggap sebagai serpihan kecil suku dari suku Semelai.
Orang Temboq hidup berdampingan dengan orang Semelai sejak turun temurun di kawasan tasik Bera Dan sebahagian di Muadzam Shah. Mereka juga rapat dengan suku Jakun yang bertaburan di sekitar keratong, Bukit ibam Dan endau rompin.
Perkhawinan campur antara 3 sub etnik ini adalah lumrah. Rata-rata orang Semelai tidak boleh berbahasa temboq, tetapi orang Temoq boleh berbahasa Semelai.
Kisahnya begini, pada suatu masa dahulu berlaku di sebuah perkampungan suku semelai di pinggir tasik Bera. Harimau belang yang Besar telah masuk ke kampung Dan mengamuk, membunuh semua penduduknya. Lelaki, perempuan Dan kanak-kanak semua habis di Baham harimau, kecuali dua orang gadis yang sempat bersembunyi di atas ran pokok yang tinggi. Beberapa hari mereka di atas ran menanggung kelaparan,tidak berani turun kerana takut harimau datang kembali.
Orang Temboq yang tinggal sekitar keratong ketika itu, terkenal dengan ke handalan mereka mereka memburu sehingga ke hari ini. Mereka sering merantau jauh ke dalam hutan untuk memburu, memcari makanan Dan hasil hutan.
Pada suatu hari, sampai lah mereka ke kampung Semelai tadi, mereka dapat semua orang telah dibaham harimau. Mereka mencari-cari jika ada yang masih terselamat, maka ternampak lah mereka dua orang gadis Semelai di atas ran, mereka sedang kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan.
Mereka diberikan makanan, setelah mendengar cerita apa yang telah berlaku, orang Temoq pun membuat perancangan untuk membunuh harimau itu.
Dua gadis Semelai itu, di suruh naik semula ke atas ran(pondok), Dan di minta membuat bising supaya di dengar oleh harimau. Setelah beberapa ketika, harimau itu pun muncul, lalu di bunuh oleh dua orang pemuda Temboq dengan menggunakan lembing. Gadis-gadis Semelai tadi pun dikahwinkan dengan dua orang pemuda suku Temboq Dan hidup lah mereka berumahtangga, antara suku Temboq Dan suku Semelai.
Setiap hari, perbualan mereka suami isteri menggunakan bahasa Semelai, jadi si isteri tidak tahu berbahasa Temboq, manakala si suami tetap berbahasa Temboq jika berurusan dengan orang-orang Temboq. Namun, orang-orang Temboq lebih selesa berbahasa Semelai jika bertemu atau berurusan dengan orang Semelai. Lama kelamaan, sudah kebiasaan orang Temboq boleh berbahasa Semelai tetapi orang Semelai tidak boleh bertutur bahasa Temboq sehingga ke hari ini.
Ещё видео!