Belanjawan 2023 disemak semula dengan peruntukan meningkat kepada RM386.14 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara
Peruntukan belanjawan tersebut merupakan semakan meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022
Belanjawan 2023 pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan terdahulu tetapi tidak dapat diluluskan sebelum Parlimen dibubarkan
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 74.8 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala baki 25.2 peratus untuk perbelanjaan pembangunan, kata Kementerian Kewangan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2023 akan memberikan fokus kepada kos sara hidup, keselamatan sosial dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana
Dewan Rakyat pada 20 Disember meluluskan peruntukan mengurus sementara berjumlah RM163.7 bilion supaya kerajaan boleh berbelanja sebahagian anggaran perbelanjaan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibentang semula dan diluluskan
Jumlah itu termasuk RM107.7 bilion untuk membayar emolumen dan bantuan bagi enam bulan pertama 2023 dan RM55.96 bilion untuk membiayai projek pembangunan yang sedang berjalan
Ещё видео!