Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM8,000.
Tertuduh Inspektor Mohd Faizal Fauzi, 34 dan Koperal V.Ravi Chandran 48 tahun didakwa menerima wang suapan itu daripada K-Premnath antara jam 7.40 hingga 7.50 malam, 2 september 2014.
Suapan itu sebagai balasan bagi menutup siasatan kes seorang lelaki mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(A) dan boleh didakwa mengikut Seksyen 24, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Hakim S.Indira Nehru membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000.
14 Disember depan ditetapkan bagi sebutan semula kes.
Ещё видео!