Menurut Soalan Lazim FAQ Bantuan Keluarga Malaysia yang dikeluarkan oleh LHDN pada 8 Ogos lepas, pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut iaitu Nombor Telefon Rumah, Nombor Telefon Bimbit, Alamat e-Mel, Nama dan Nombor Akaun Bank dan Maklumat Wakil.
Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDN di pautan [ Ссылка ] atau melalui penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDN yang berhampiran. Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat. Borang kemas kini maklumat boleh didapati secara dalam talian di portal BKM atau di cawangan LHDN. Diingatkan, tempoh kemaskini telah pun dibuka bermula dari 10 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.
Jangan lupa subscribe youtube channel Ali Gajet!
#bkm2022 #bantuankeluargamalaysia #kemaskinibkm
Ещё видео!