Barangan keperluan mencukupi..
[ Ссылка ]
PEMANTAUAN Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) di peringkat pengeluar makanan mendapati bekalan makanan mencukupi. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan kerana ia dijamin mencukupi. Menurutnya, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga membuat pemantauan harian terhadap 25 jenis bekalan barangan di 845 premis perniagaan termasuk peruncit (639), pemborong (175) dan pengilang (31) semalam. "Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh. "Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 1,368 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 1,359 premis mematuhi SOP ditetapkan manakala sembilan lagi premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP. "Dalam ...
Ещё видео!