KES DERA ALIA KANAK-KANAK 4 TAHUN KINI VIRAL
Seorang pekerja kepada pasangan suami isteri yang memukul anak angkatnya dengan penyapu mengaku merakam video penderaan ke atas mangsa. Pekerja yang bernama Aqil itu berkata, rakaman tersebut dibuat secara senyap-senyap bersama empat lagi rakannya kerana tidak tahan melihat penderaan ke atas kanak-kanak malang yang bernama ‘Alia’. Dia dan rakan-rakannya duduk di rumah pasangan tersebut. Dakwa lelaki itu, ‘Alia’ dipukul setiap kali dia makan. “Dia dipukul setiap kali makan ya, bukan dipukul sebab nakal sebab Alia budah yang baik. Tak pernah lari-lari, lompat. “Hampir setiap hari ‘Alia’ dipukul sebab makan lambat, tak nak makan, kenyang. “Saya dan kawan-kawan decide rakam apa yang telah terjadi untuk dapatkan keadilan untuk ‘Alia’,” katanya dalam kenyataan dibuat menerusi Tik Tok. Menurut Aqil, kanak-kanak itu adalah anak angkat kepada pasangan tersebut sejak bulan Februari tahun ini. Dia mendakwa, beberapa rakaman Alia dipukul berjaya diperoleh pada malam sebelum mereka membuat laporan polis. Kelima-limanya kemudian mendapat bantuan untuk membawa mereka keluar dari kediaman pasangan itu lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kajang. Pasangan itu, katanya ditahan awal pagi tadi sebelum direman tujuh hari. “Kami akan pertahankan Alia,” katanya sambil memberitahu anak itu sedang dirawat di Hospital Kajang. Polis hari ini menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan mangsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat. “Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes penderaan dan mencederakan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan. “Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor,” katanya. Kedua-dua suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Mohd Zaid berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
#kesdera
#viral
#isuterkini
Ещё видео!