Langkah mengatasi 'long Covid', pesakit discaj diberi janji temu rawatan susulan.
Sehingga Oktober 2021, seramai 16,914 bekas pesakit COVID-19 telah diberi janji temu.
Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah menggariskan strategi kesiapsiagaan kelengkapan logistik dan tenaga kerja di semua fasiliti kesihatan bagi memberikan akses perubatan mencukupi kepada semua bekas pesakit COVID-19.
Tambahnya, bagi pesakit yang turut mempunyai penyakit kronik lain, diminta meneruskan rawatan susulan di fasiliti kesihatan mengikut jadual janji temu seperti biasa.
Datuk Dr Noor Azmi menjawab pertanyaan ahli parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.
Ещё видео!