Pada 13hb Jan 2024 - 14hb Jan 2024 ( 2 hari 1 malam) kami diberi kesempatan untuk merasai suasana camping di Semungkis Dataran Camp (SDC) yang terletak di Hulu Langat.
Trip di sertai oleh 5 family berjalan dengan baik dan lancar. Dapat kawan² baru yang sporting.
Kawasan ni dulu diberi nama Semungkis Survival Camp. Seluruh kawasan area campsite di sekitar sini tiada line telco maxis, tetapi line celcom boleh dapat sedkit di area surau SDC.
Plugpoint disediakan dari 7 malam - 7 pagi yg menggunakan sumber generator. Jalan masuk tak berapa elok tapi boleh akses oleh semua kenderaan. Kata CO sudah buat permohonan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Tapak lot campsite dulunya tiada berturap batu, tetapi sekarang sudah berturap. Di cadangkan untuk membawa groundsheet lebih bagi menjaga groundsheet khemah bocor terkena batu.
Jom layan video kami..jangan lupa kasi button like ya...
Selamat menonton...
Ещё видео!