Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan berusaha meraih sebanyak mungkin kerusi Parlimen di negeri ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang mana memperlihatkan 13 kerusi Parlimen akan dipertandingkan.
DAP Pulau Pinang sebelum ini berjaya meyakinkan Majlis Tertinggi Pusat (CEC) parti tersebut supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat diadakan serentak dengan PRU, dan pendirian parti telah dikemukakan kepada Majlis Presiden PH kelmarin. Bagaimanapun, adalah diharapkan sekalian rakyat dan para penyokong PH di negeri ini dapat menerima keputusan terbaru yang diputuskan Majlis Presiden PH, iaitu tiada pembubaran DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat.
Ещё видео!