5,218 kes Macau Scam, rugi RM256 juta..
[ Ссылка ]
Melaka: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 5,218 kes sindiket penipuan Macau Scam di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, yang membabitkan jumlah kerugian menjangkau sehingga RM256 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,676 kes berjaya ditumpaskan dan 1,420 kes pula sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara. "Mangsa yang paling ramai adalah wanita iaitu lebih 3,000 kes dan kebanyakan daripada mereka berumur lebih 51 tahun. Pada kebiasaannya mangsa yang tertipu berada dalam keadaan tertekan dan takut akan ditangkap dan dilokap, selain risau hartanya akan dirampas. "Jangan jawab panggilan tidak dikenali, namun sekiranya sudah dijawab, apabila diminta memindahkan duit ke dalam akaun mana-mana jabatan kerajaan, tidak perlu berbuat demikian kerana kerajaan tidak pernah memberi arahan kepada orang awam memindahkan wang daripada satu akaun ke akaun lain, ...
Ещё видео!