Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannya.
Ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini. Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
Masih lagi ramai yang tertanya, bilakah bantuan BTR 2023 ini akan dikreditkan? Menurut makluman terkini dari portal rasmi BKM, bayaran fasa 1 bantuan BTR 2023 adalah pada Januari 2023 dimana pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.
Jadi, marilah sama-sama kita nantikan berita baik yang bakal diumumkan oleh pihak MOF tidak lama lagi.
Semoga dengan bayaran bantuan ini dapat membantu sedikit sebanyak terhadap rakyat Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan.
Jangan lupa subscribe youtube channel Ali Gajet!
#bantuantunairakyat2023 #btr2023 #btr2023bujang
Ещё видео!