Assalamualaikum...menu petang ni saya nak kongsi kek pisang dua versi,kukus dan bakar satu adunan yang sama😊 cara dan bahannya sama saja dengan resepi yg lain🥰
#BIKMM
#KEKpisang
Resepi kek pisang kukus/bakar
3biji telur(saya guna 2biji saja)
1cwn gula putih(saya guna 3/4cwn)
1cwn minyak
1sdk asen pisang
(bland semua bahan diatas hingga gula larut)
1cwn pisang siap dilenyek
2cwn tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bikarbonate
Caranya👇👇
-lepas bland bahan,masukkan pisang lenyak bland sekali dua sahaja...klau lama2 takut urat pisang putus nanti kena p hospital plak😆(gurau je ye jangan marah)
-tuang bahan bland tadi dalam bekas tepung...gaul sebati sampai plolesss x dak ketul2 jerawat ok😁
-sapu minyak pada loyang/acuan
-tuang dlm loyang/acuan kukus api sederhana 45-1jam JIKA satu adunan ni dikukus dlm satu acuan besar @ bakar 170°c/45minit(ikut oven masing2)
-okk...daaa siaappp🥰
~air kukusan jangan lupa didihkan dlu sblum masukkan adunan
~saya guna pisang pokok belakang rumah je 'pisang awak'
~pisang tu lenyek cantik2 sbb masa bland nanti kita x nak bland lama2 hanya on off button bland tu sekali dua sahaja..untuk dpatkan urat yg cantik...klau kita bland lama nanti urat tu putus lepas tu hasil kita dapat urat yg bertitik2 berbintik2...faham dak maksud saya😅
#SABAHAN
Ещё видео!