SERIAN: Kerajaan bercadang menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tebedu, di sini dengan kemudahan lebih moden pada masa depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata beliau sudah ada perancangan mengenai pembangunan pusat itu.
Bagaimanapun, katanya, khabar gembira mengenai pembangunan kawasan itu dijangka diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatannya ke kompleks itu bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 26 Julai ini.
"Jadi hari ini adalah lawatan tapak untuk melihat apa yang dirancang itu sama ada boleh kita teruskan atau tidak. Daripada apa yang saya nampak kita ada ruang untuk menjadikan tempat ini lebih maju pada masa hadapan," katanya selepas melawat ICQS Tebedu, di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Hamzah berkata, selain melihat keadaan di ICQS itu hari ini, beliau akan membuat kertas kerja berkaitan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.
"Itulah yang kita mahu lakukan supaya dalam masa seminggu saya akan buat semua kertas kerja dan berikan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan," katanya.
Sementara itu, Richard yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Timur berkata, Perdana Menteri akan melawat ke ICQS Tebedu pada 26 Julai ini untuk mengumumkan sesuatu.
"Perdana Menteri akan melawat tempat ini pada 26 Julai ini. Biar Perdana Menteri yang membuat pengumuman nanti bila beliau datang ke sini," katanya.
Petikan dari BH Malaysia
PM 🇲🇾 NAK LAWAT TEBEDU / BORDER 🇲🇾🇮🇩
Теги
sempadan serikinjalan tikusawani sarawakberita rtmberita TV3suara sarawakbarisan hadapanPKPBMCOserikin bauTNIberita sambasMALINDOsempadan biawak dan sambasyonif raider 641TNI beruangrejimen keempat kor armor dirajapos gabungan bersama malindoBerita TV 1Berita TV3PANGLIMA ATMAnggota ATM kena tangkapsarawak voiceborder temajuksempadan arukseriantebeduplatton tiger PGASungai golokPM LAWAT TEBEDUKDN