Pencemaran Sungai Gong: 2 pengarah antara 8 direman..
[ Ссылка ]
Selayang: Lapan individu termasuk dua pengarah syarikat di Rawang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pencemaran air Sungai Gong yang menyebabkan 1,292 kawasan terjejas, Isnin lalu. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmad berkata, reman dibenar bermula hari ini sehingga 28 Oktober ini. "Suspek diwakili oleh dua peguam. Siasatan lanjut akan dijalankan," katanya. Terdahulu, dua pengarah syarikat yang juga anak beranak dibawa bersama enam pekerja terdiri daripada dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar ke Mahkamah Selayang untuk permohonan reman. Sebelum ini, Air Selangor mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 tengah malam 19 Oktober lalu. Berikutan itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti ...
Ещё видео!