Berita baik untuk semua penerima bantuan prihatin nasional. Untuk makluman, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0 Fasa 2) akan dipercepatkan dibuat pada 21 Januari 2021 ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.
Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.
Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini manakala bagi kategori M40 pula bayaran BPN 2.0 fasa kedua ini akan dikreditkan bermula 25 Januari 2021.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini
#bpn #bantuanprihatinnasional #bpn2.0
Ещё видео!