Slogan 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir' yang diperkenalkan tidak bermaksud sudah tidak ada lagi masalah rakyat yang perlu ditanggani kerajaan negeri.
Sebaliknya, slogan itu merupakan satu panduan kepada dasar dan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat pelbagai bangsa dan latarbelakang yang memerlukan perhatian tidak tercicir untuk mendapat pembelaan sewajarnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata slogan itu yang mula diperkenalkan bukanlah bermaksud kerajaan negeri sudah berjaya menyelesaikan semua masalah rakyat di negeri Perak.
"Ada yang menyoal samada slogan ini bermaksud semua masalah berkaitan kehidupan rakyat di Perak ini sudah selesai.
"Maksud kita bukan begitu. Slogan itu merupakan satu panduan kepada dasar dan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk menanggani pelbagai masalah yang dibawa rakyat dengan harapan akhirnya tiada lagi rakyat yang tertinggal dan terpinggir.
Ещё видео!