Mini Zoo Kuala Krai kini kembali dibuka setelah 17 tahun terbiar sepi. Zoo Kuala Krai ini telah dibuka untuk orang ramai pada 22 Julai 2022 iaitu pada hari Khamis bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Pada hari biasa zoo ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Lokasi Mini Zoo Kuala Krai
[ Ссылка ]
Waktu Operasi Zoo Kuala Krai
Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Lawati juga blog Addashuk
[ Ссылка ]
Bayaran tiket masuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Walaubagaimana pun untuk mempromosikan zoo baru dibuka ini, bayaran tiket masuk hanya RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak, manakala pemegang kad OKU adalah percuma. Zoo ini adalah berkonsepkan Manusia dan Alam, dimana ia saling memerlukan diantara satu sama lain. Terdapat bermacam-macam spesis haiwan yang dipelihara di zoo ini termasuklah burung, mamalia, amfibia dan reptilia iaitu spesis dari dalam dan luar negara. Disamping itu juga pengunjung boleh melawat Mini Aquaria, Animal Petting, Taman Herba Puspanita dan Terowong Ilmu. Sekiranya anda mengunjungi Kuala Krai, Zoo Kuala Krai aalah tempat wajib dikunjungi di Kelantan.
Dengan adanya mini zoo Kuala Krai Kelantan ini maka bertambahlah tempat rekreasi di Kelantan untuk orang ramai dan keluarga membawa anak-anak melawat sambil belajar di zoo ini dan ini adalah tempat wajib pergi di Kuala Krai. Mini Zoo Kuala Krai 2022 ini bukan sahaja dapat menjadi tempat yang wajib singgah untuk pengunjung dari Kelantan khususnya dan pengunjung yang berada diluar Kelantan umumnya, zoo ini juga dapat meningkatkan ekonomi kepada penduduk setempat. Mini Zoo Kuala Krai adalah salah satu tempat menarik di Kelantan.
Untuk Rekod, Mini Zoo Kuala Krai mula dibuka pada tahun 1964 dan beroperasi diatas tanah seluar 0.4 hektar sebelum ia dipindahkan ke Bukit Banding pada tahun 1989. Dan pada tahun 2005 Zoo Kuala Krai ditukar kepada Taman Burung Kuala Krai dan selepas itu Zoo Kuala Krai ditutup operasinya pada tahun 2011. Dahulunya Zoo Kuala Krai juga dijadikan Muzium Kuala Krai ini mempunyai sejarah yang unik dan panjang. Sewaktu mula dibuka pada 24 Disember 1964, nama lain juga adalah Muzium Mergastua, orang yang penting dalam penubuhan ini adalah ketua jajahan Kuala Krai iaitu Dato Abdullah bin Mahmud (Dato Lela Jasa Kelantan).
Selepas 17 tahun Zoo Kuala Krai tidak beroperasi, Mini Zoo Kuala Krai kembali dibuka kepada pengunjung dengan menempatkan lebih 50 spesis haiwan termasuk unta dan bermacam-macam lagi. Kos pembinaan zoo ini telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Mini Zoo Kuala Krai ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob bersama Timbalan Menteri Besar iaitu Nik Mohd. Amar Nik Abdullah.
Setakat ini sahaja info untuk kali ini, diharapkan para penonton yang melihat video ini boleh la berkunjung ke Mini Zoo Kuala Krai dan melihat sendiri kepelbagaian haiwan disamping dapat memberi ilmu kepada anak-anak, kita juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jangan lupa Subscribe Addashuk Channel dan jangan lupa tekan tombol loceng untuk mengaktifkan notifikasi untuk video-video seterusnya. Terima kasih kerana menonton.
Ещё видео!