7 TIPS MENJADI PEKERJA CEMERLANG
Tips ini khas untuk anda yang bekerja dan ingin menjadi pekerja yang cemerlang.
1. NIAT BEKERJA KERANA ALLAH
Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang, niat hati kita mestilah ikhlas dan bersih. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh dalam pekerjaan kita dan bersemangat melakukan sesuatu kerja.
2. LAKUKAN KERJA SEPENUH HATI
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. Misalnya, kita melakukan kerja dengan bersungguh- sungguh dan sepenuh hati agar dapat meningkatkan kefahaman dalam kerja yang diberi. Oleh hal demikian, kerja yang dilakukan dengan bersungguh- sungguh akan terhasilnya kerja yang berkualiti.
3. KOMITED
Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan dan ikhlas.
4. BIJAK
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sesebuah kumpulan di antara rakan kerja sendiri.. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Kita perlu bijak menyesuaikan keadaan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh mengelak daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah di dalam sesebuah syarikat. Sebagai contoh, gemar berbicang perkara di luar skop kerja.
5. SUKA BELAJAR ILMU BARU
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun pengalaman. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil dan mudah untuk kuasai semua ilmu dan kemahiran.
6. HORMAT MENGHORMATI
Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka itu pekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan. Paling penting jangan sekali-kali mencari kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan yang sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan
7. PENAMPILAN YANG KEMAS DAN TERATUR
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, cara kerja dan macam – macam lagi. Tingkah laku kita boleh dilihat dari segi kekemsan diri dan cara kita mengatur pekerjaan kita. Hasil kerja yang berkualiti juga dapat dihasilkan melalui kekemasan kerja seseorang.
.
#usahajadibaik
#keluargamewangi
#silaturahimberkat
#merahpinang
.
LIKE & SHARE UTK KITA SALING INGAT MEMPERINGATI
.
BERMINAT ? Buy Now👇🏻
Terima kasih kerana Berminat Dengan Rangkain Produk Mewangi
.
Jom klik link whatsapp terus
.
[ Ссылка ] -Arin
www.wasap.my/60164447131 -Farah
www.wasap.my/601129000999 -Ariey
www.wasap.my/60168639131 -Arien
.
mewangiofficial.com
Ещё видео!