Kenali durian paduka... Pernah dinobatkan raja buah terbaik di Perak!..
[ Ссылка ]
SETIAP kali sebut mengenai durian lebih-lebih lagi di Perak, pastinya akan terbayang raja buah dari Batu Kurau yang sentiasa menjadi buruan peminat durian kampung, apabila menjelmanya musimnya. Namun, di Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, di sini, terdapat sejenis durian yang pernah dinobatkan sebagai durian terbaik di Perak pada 1985, dikenali sebagai durian paduka yang ditanam Allahyarham Abdul Malek Kulub Aji di dusun miliknya seluas lapan hektar. Menurut seorang daripada 13 waris Abdul Malek, Nordin, 48, durian itu dikumpul oleh arwah ayahnya sekitar 70-an hingga 80-an, daripada pemilik dusun tradisional di Kampung Tok Paduka Raja, Pulau Tiga di sini. “Durian Paduka mendapat namanya sempena Kampung Tok Paduka Raja dan diberikan oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib, ketika menyampaikan hadiah kemenangan pada pertandingan durian peringkat negeri di Kampung Gajah pada 1985, ” katanya kepada Bernama. Nordin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (iGROW) di Kampung G ...
Ещё видео!