Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kewujudan 'cai' atau pasukan dalam pemilihan UMNO tidak akan mempengaruhi perwakilan ketika proses pengundian pada 18 Mac depan.
Beliau yakin hampir 160,000 perwakilan yang mewakili bahagian dan cawangan masing-masing akan memilih calon yang dianggap terbaik untuk diangkat sebagai pimpinan parti dan bukan membuat keputusan berdasarkan cai.
Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu tidak melihat pembentukan kumpulan itu sebagai perkara negatif, sebaliknya menganggap semua bentuk pertandingan bagi merebut jawatan Naib Presiden dan ke bawah sebagai persaingan sihat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Ahad.
Beliau mengulas tindakan Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan, yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO yang mengambil pendekatan membariskan anggota pasukan untuk bertanding pada pemilihan sayap berkenaan.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!