Anak veteran tentera berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak secara percuma untuk tempoh setahun dengan kos pengajian ditanggung oleh universiti tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ; program itu akan melibatkan 2,500 anak veteran tentera.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberi bantuan RM500 untuk mereka yang menjaga pasangan yang terlantar sama ada isteri atau suami, iaitu inisiatif yang dirundingkan semasa beliau menjadi Menteri Kanan Pertahanan.
Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan semasa merasmikan Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Cawangan Bera di Taman Merbau Indah.
Ещё видео!