#BuletinBernama: Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan sejumlah RM1.252 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun 2016 sehingga tahun ini bagi menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh negeri Sabah.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata peruntukan itu adalah untuk membiayai kerja-kerja naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di 237 buah sekolah di Sabah dalam RMKe-11.
Manakala baki bangunan daif lain akan dinaik taraf di bawah RMKe-12, tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan.
