Assalamualaikum.. hari ni abang nk bawa korang untuk melihat pemandangan cantik di D'Aur Beach Resort. Memang kat sini sangat cantik untuk lokasi penggambaran. Abang tak lepaskan peluang ni, as a wedding photograper, abang datang kat sini untuk merakam moment indah para pengantin untuk pengantin abadikan kenangan indah disatukan.
Kat sini pantainya sangat bersih dengan pelbagai dekorasi menarik. Pelbagai kemudahan yang disediakan kat sini. Untuk yang sukakan adventure, boleh lah menyewa ATV dan memandu untuk melihat keindahan sekitar pantai. D'Aur Beach Resort juga ada menyediakan Chalet untuk para pengunjung yang ingin bermalam.
Chalet bermula dari RM150
Yuran masuk RM5 per car
Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort.
D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer dari pekan Bachok.
Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang bentang luas dengan pantai pasir putih yang menarik menjadikan ia tarikan ramai.
Tempat yang selasa dan mengutamakan kebersihan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung menjadikan D Aur Beach Resort tumpuan ramai.
Dengan bayaran RM5/kenderaan dirasakan amat berbaloi untuk menikmati susana yang cukup menyenangkan dan mengembirakan.
Lokasi pantai yang luas membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan selesa.
Lokasi : D Aur Beach Resort, Jalan Tok Ayah Aur, 16310 Bachok, Kelantan
Ещё видео!