Kalau pergi kenduri, dua menu wajib kak long ambik dan suka mesti ayam masak merah dan daging masak hitam.
Rasaa diaa memang sedap! So hari ni Kak Long share resepi daging masak hitam macam kenduri. 😍
Daging Masak Hitam Pedas Ala Kenduri
👉👉Bahan² yang diperlukan
*2 biji bawang besar
*10 ulas bawang putih
*2 inchi halia
*2 batang serai
*3 biji buah keras
*2 sudu besar kismis hitam
*3 sudu kecil lada hitam
*4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
*20 tangkai cili kering
*900g daging
*3 sudu besar cuka
*Kicap pekat
*Kicap manis
🌼🌼Cara menyediakan
✔️Blend cili kering sehingga hancur
✔️Kemudian perap daging menggunakan cili kering, cuka, kicap pekat dan kicap manis. Gaul sehingga sebati dan perap selam 2-3 jam
✔️Seterusnya blend bawang besar, bawang putih dan halia.
✔️Kemudian blend, serai, buah keras dan lada hitam.
✔️Akhir sekali blend kering kismis hitam.
✔️Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan. Bila dah wangi masukkan bahan blend pertama.
✔️Bila dah naik minyak masukkan bahan blend ke2 pula. Kacau sebati sehingga naik bau.
✔️Seterusnya masukkan kismis dan kacau sehingga larut.
✔️Kemudian masukkan perapan daging tadi. Kacau sehingga sebati. Masak hingga sedikit kering menggunakan api yang perlahan. Supaya daging lembut dan masak sempurna.
✔️Bila daging dah masak boleh tutup api dan siap untuk di hidangkan💃💃
#DagingMasakHitamPedasAlaKenduri
#Dagingalakenduri
#PortResepi
Daging Masak Hitam Kenduri | Senang dan Serious Sedap!
Теги
daging masak hitamdaging masak hitam kenduridaging masak hitam kenduri kahwindaging masak hitam resepidaging masak hitam manisdaging masak hitam pedasdaging masak hitam mamakdaging masak hitam mudahdaging masak hitam senangdaging masak hitam sedapcara masak daging masak hitamdaging masak hitam kahwindaging masak hitam che nomdaging masak hitam bruneibuat daging masak hitamresepi daging masak hitamresepi daging masak hitam kenduri kahwindaging