1. Aroma Kambing Buluh - 1:00
Seorang graduan Universiti Zainal Abidin (UNISZA), Muhammad Sufi Malek yang tinggal di Kampung Masjid Batu, Tikam Batu Kedah telah tular perniagaannya yang menjual kambing buluh bakar. Negeri jelapang padi itu kaya dengan buluh memudahkannya mencari buluh yang tumbuh meliar di merata tempat. Ikuti cara pembuatan menu dalam buluh ini dan keunikan penyediaannya yang memerlukan kemahiran tertentu.
2. Rahsia Berembang Bakau - 21:00
Seawal jam 7 pagi, Jeti Dataran Kampung Tanjung Agas, Port Dickson menjadi tempat bermulanya Yusdey Ismail dan Abdul Ghani Abdul Rahman untuk menyusuri sungai Linggi bertujuan mencari buah berembang. Pencarian buah Berembang atau Pedada lebih sesuai dilakukan ketika air pasang kerana paras air sungai yang tinggi memudahkan bot menghampiri pokok dan buah dapat dipetik dengan mudah.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.
#Majalah3 #Majalah32022
Tonton episod penuh di :
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
Ещё видео!