SME Corporation Malaysia membangunkan perusahaan mikro dan komuniti inklusif dari golongan B40 menerusi Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif; IBVCDI.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy berkata, projek rintis bagi inisiatif tersebut sedang dilaksana bermula Jun lalu dan berakhir November tahun ini.
Pihaknya mensasarkan lebih 100 penerima manfaat akan terlibat dengan inisiatif berkenaan yang menyediakan pembiayaan geran berjumlah RM450,000.
Usahawan terpilih akan diintegrasikan dalam rantaian bekalan syarikat prinsipal iaitu Farm Fresh Berhad, Serai Malaya Sdn. Bhd, Pepper Lab Sdn. Bhd dan Mostwell Sdn Bhd.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif 2022 bagi Zon Tengah yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Datuk Ahmad di ibu Negara.
Ещё видео!