Kerajaan belum menoktahkan hasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun ia tidak akan diperkenalkan semula tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan GST akan membantu kerajaan meningkatkan pendapatan, sekali gus membolehkan lebih banyak usaha membantu rakyat, khususnya membasmi kemiskinan tegar.
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan masih mengkaji dan meneliti mengenai bilakah tempoh yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST.
"GST boleh membantu (kerajaan mendapat) pendapatan yang lebih, dengan pendapatan yang lebih itu kita boleh membantu rakyat yang susah.
"Jika ada GST, kita boleh menoktahkan kemiskinan. Bukan hanya (kategori) had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,109 boleh dinoktahkan, tapi juga yang berpendapatan RM2,208 ke bawah boleh dinoktahkan jika kita mempunyai kewangan yang banyak.
"GST boleh jadi cukai yang progresif jika kita mengenakan kadar sifar kepada barangan yang digunakan golongan B40. Kita masih lagi mengkaji, menilai bilakah masa yang sesuai.
"Kita masih lagi tidak menoktahkan GST ini. Setakat itu yang saya boleh nyatakan, cuma pada tahun ini ia tidak akan dilaksanakan," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!