-----LALUAN ALTERNATIF MIRI-LIMBANG-----
MIRI-LONG LAMA-LONG BEDIAN-LONG LATEI-LONG KEVOK-LONG KAWA-LONG SELULONG-LONG SERIDAN/BUKIT MAGUH-LONG NAPIR-LIMBANG
PERINGATAN
**LALUAN INI TIDAK SESUAI KEPADA MEREKA YANG PERTAMA KALI MELAUINYA TANPA PANDUAN DARIPADA PEMANDU TEMPATAN. LALUAN INI BERBAHAYA KEPADA PEMANDU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MEMANDU DI LALUAN OFF-ROAD DAN JALAN BALAK. MENGGUNAKAN LALUAN INI SETELAH MENONTON VIDEO INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Laluan Long Seridan - Simpang Bukti Maguh adalah merupakan antara laluan yang akan dilalui dalam jalan alternatif dari Miri ke Limbang tanpa melalui Brunei. Laluan ini merupakan jalan balak, oleh itu pemandu haruslah mematuhi peraturan memandu di jalan balak terutamanya dari segi penggunaan lorong memandu.
Perjalanan Miri-Limbang melalui laluan ini mengambil masa keseluruhan selama lebih kurang 10-12 jam bergantung dengan cuaca dan keadaan semasa jalan balak.
Laluan utama Miri-Limbang melalui #Brunei adalah lebih dekat kerana hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam serta lebih selesa digunakan. Laluan utama Miri-Brunei-limbang juga boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan manakala laluan alternatif hanya boleh dilalui menggunakan pacuan 4 roda(4WD).
Laluan alternatif ini terletak di dalam jajaran Long Lama- Pa Berunut bagi rancangan pembinaan #Sabah-Sarawak Link Road yang dijangka akan dimulakan proses pembidaan tender pada penghujung tahun 2019.
*****PERHATIAN******
ADALAH DILARANG UNTUK MENGGUNA SEMULA (DALAM APA JUGA CARA DAN TUJUAN) MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM VIDEO INI SERTA MEMUATNAIK SEMULA VIDEO INI DI MANA-MANA LAMAN,AKAUN, ATAU MEDIUM MEDIA SOSIAL TANPA KEBENARAN. SHARE MENGGUNAKAN LINK YOUTUBE ADALAH DI ALU-ALUKAN
Ещё видео!