PROGRAM SEMBANG SANTAI BELIA BERSAMA PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH DAN PENYERAHAN PERALATAN SUKAN DI PITAS, KOTA MARUDU, KUDAT, KOTA BELUD DAN TUARAN.
21hb Julai 2023, Pitas – Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah menganjurkan Program Sembang santai bersama belia di Pitas, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud dan juga Tuaran yang di santuni oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah. Dalam program ini juga,Kementerian menyelitkan Program Penyerahan Peralatan Sukan bagi setiap daerah yang dianjurkan Program Sembang Santai ini.
Program dimulakan dengan sesi dialog bersama belia setempat yang di kendalikan oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan Pembantu Menteri KBSS untuk memberi peluang kepada belia-belia membincangkan isu, idea dan pendapat serta langkah penyelesaian dan jawapan secara bersama oleh Belia setempat dan kementerian. Program Sembang santai ini dilaksanakan dalam usaha mewujudkan hubungan yang erat bersama komuniti setempat serta memfokuskan belia yang optimis, berdaya saing, mandiri dan juga inovatif. Kerjasama erat di antara belia dan pemimpin pada hari ini merupakan suatu aset yang amat bernilai kerana belia yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris kepimpinan negara di masa akan datang.
Matlamat program ini untuk menggalakkan belia-belia untuk bersama sembang santai secara bersopan santun, secara bertanggungjawab dan juga menyelesaikan masalah-masalah dan memahami secara berfakta dan saintifik dan kita telah berjaya dalam sasaran ini. Sehubungan itu juga, Kementerian dapat merapatkan lagi silaturahim antara belia dan penduduk setempat dan menyelesaikan masalah isu yang dialami penduduk setempat. Program ini berjaya menyasarkan dengan kumulatif 5000 belia hadir secara bersemuka bagi dua hari program dijalankan iaitu pada 20-21 July 2023 yang mana terdiri dari belia setempat Pitas, Kota marudu, Kudat, Kota belud dan Tuaran.
Source of the music: [ Ссылка ]...
Ещё видео!