Terletak di Laluan Persekutuan FT003 antara Bandar Diraja Pekan dan Kuala Rompin dalam negeri Pahang, perkampungan nelayan ini dinadikan oleh Sungai Bebar yang mengalir keluar ke Laut China Selatan. Berkedudukan enam kilometer dari mulut kuala Sungai Bebar, Nenasi menikmati perairan yang tenang sebagai sebuah persinggahan, perhentian dan penempatan komuniti nelayan. Dikenali sebagai 'Permata Air Hitam', Sungai Bebar merupakan sebahagian daripada kompleks hutan paya gambut yang terbesar di Asia Tenggara (United Nations Development Programme, 2006). Jambatan Nenasi yang menghubungkan tebing utara dan selatan Sungai Bebar siap dibina pada 1965 sebagai sebahagian projek pengembangan jalan raya utama Pantai Timur antara negeri Kelantan dan Johor. Nama 'Nenasi' dikaitkan dengan sejenis tumbuhan iaitu pokok nasi-nasi atau nama saintifiknya Symplocos fasciculata.
Rakaman oleh kru MYpedia pada 16 September 2021, pukul 1500 menggunakan DJI Mini 2.
Titi&Kali merupakan Siri Tematik Pertama Projek MYpedia yang memfokus kepada penceritaan unsur sungai (kali), kuala, laut dan jambatan (titi) dalam konteks sosiobudaya tempatan.
***
Situated on Federal Route FT003 between the Royal Town of Pekan and Kuala Rompin in the state of Pahang, this quiet fishing village is enlivened by Bebar River that flows directly to the South China Sea. Its unique location six kilometres upriver from the mouth and calm waters make the place fishermen's safe refuge. Dubbed 'Black Water Jewel', Bebar River is home to Southeast Asia's largest peat swamp forest complex (United Nations Development Programme, 2006). The Nenasi bridge that connects the north and south banks of Bebar River was completed in 1965 as part of the expansion of East Coast trunk road between the states of Kelantan and Johor. The name 'Nenasi' is related to a plant known scientifically as Symplocos fasciculata.
Recorded by MYpedia crew on September 16, 2021 at 1500 hrs using DJI Mini 2.
As MYpedia Project's First Thematic Serial, Titi&Kali focuses on the narratives of river (kali), river mouth (kuala), sea (laut) and bridge (titi) in local sociocultural context.
Ещё видео!