JOHOR BAHRU, 19 Jun (Malaysiaaktif) - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu diberi peluang mengasah bakat dan melakukan aktiviti yang dikehendaki seperti golongan insan yang normal.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail, berkata golongan OKU tidak boleh dilupakan kerana mereka juga berkeupayaan melakukan pelbagai aktiviti seperti insan lain.
"Sebenarnya golongan OKU mampu buat apa sahaja yang kita mahukan seperti membuat hiasan kek cawan yang dilakukan oleh kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) daerah Johor Bahru," katanya selepas merasmikan Program Cup Cake Anak-Anak Istimewa anjuran PKPDK Nusajaya di Kampung Sungai Melayu, di sini semalam.
Dalam pada itu, Khairin-Nisa Ismail turut mengumumkan sumbangan RM1,000 kepada lapan buah PKPDK yang terdapat dalam Daerah Johor Bahru.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad, program-program PKPDK beri peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk melakukan aktiviti bersama masyarakat sekeliling.
"Saya mengalu-alukan agar lebih banyak program seperti ini dilaksanakan dan mengucapkan terima kasih kerana sudi melaksanakan program yang penuh makna ini di Kampung Sungai Melayu dalam DUN Kota Iskandar," katanya.
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Nasir Salman (Johor Bahru)
[ Ссылка ]
#OKU #AnakAnakIstimewa #PDK #Nusajaya #MalaysiaMADANI #JabatanPenerangan #JohorBahru #MajuJohor #Jauharku
Ещё видео!