Menu rendang kerang ni wajib ada dipagi raya, korang raya kat mana tuu..
Kita kat rumah jer, ada tak kat sini penggemar resepi kerang?
Selain dibuat kerang sambal dan juga dimakan rebus cicah sos,
kerang juga boleh diolah. Jom kita share resepi rendang kerang yang cukup menggiurkan, boleh dimakan dengan nasi impit atau lemang.
Bahan-bahan
1 Mangkuk Isi Kerang - 1 kg kerang
1 Kotak Santan
1 Batang Serai - diketuk
3 Sudu Cili Kisar
Asam Keping
Garam secukupnya
1 Gula Melaka
1 Sudu Kerisik
3 Helai Daun Kunyit - dihiris
1 Mangkuk Minyak Masak
Bahan kisar:
3 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1 Inci Lengkuas
1 Inci Kunyit Hidup
1 Batang Serai
Cara-Cara
1.Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan juga serai.
2.Tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Biarkan kuah mendidih dan sedikit kering
4.Masukkan santan, asam keping, garam, kerisik.
5.Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan hirisan daun kunyit.
6.Kacau rata, bolehlah ditutup api dan hidangkan. Selamat mencuba.
Note: Jika suka rendang sedikit basah, jangan dikeringkan sangat kuah rendangnya. Semuanya terpulang pada citarasa.
#dapuranna
#resepikerangrendang
#resepimasakansimple
resepirendangkerang
23
RESEPI RENDANG KERANG SIMPLE SEDAP
Теги
resepikerangresepikerangrendangresepirendangkerangresepirendangkerangsantanresepirendangkerangpedasresepikerangmasakrendangresepirendangkerangsedapkerangrendangrendangsimpleresepimudahresepiexpressresepibujangresepisedaptakterkatamasakanhariinimasakantengahharimasakanmakanmalammenusimplemenumakantengahharimenumakanmalammenumudahdapurbujangdapurannarendang kerangresepi rendangresepi kerangrendang kerang simple