Buah Belimbing buluh atau belimbing asam adalah sejenis buah-buahan. Bagaimanapun buah ini jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Kebiasaannya, buah yang hampir masak sering digunakan sebagai penyedap rasa atau salah satu ramuan dalam sambal atau pencecah. Buah ini juga digunakan dalam masakan ikan kerana dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan air tawar.
Bahan-bahan:
10-7 biji Buah Belimbing buluh (yang belum terlalu masak)
1 Sudu besar kelapa muda diparut
1 biji Bawang Bombay dihiris
Cili padi (ikut suka)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Hiris buah belimbing buluh nipis-nipis. Tumbuk cili padi sehingga lumat. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba
Semoga bermanfaat
Jangan lupa like, share, comment atau subscribe
Terima kasih
Ещё видео!