NAK GUNA DUIT: JUAL ATAU PAJAK EMAS?
Biasanya bagi penyimpan EMAS yang belum cukup ilmu, mesti terfikir nak jual EMAS mereka setiap kali perlukan duit segera.
Tapi...
Bagi penyimpan EMAS yang berilmu, mereka akan nilai dulu pilihan samada nak jual atau pajak dahulu EMAS mereka.
Jadi, jual atau pajak, mana lebih baik?
Ok, begini.
Kalau nak pakai duit segera dan kita yakin mampu tebus balik dalam tempoh 6 bulan, pajak pilihan terbaik untuk kita!
Sebabnya, kos pajak lebih murah dari kos jual.
Bila jual EMAS, kita akan dikenakan kos spread, iaitu beza “harga Sell” dan “harga Buy”.
Kalau EMAS Public Gold, spreadnya 9%. Kalau emas lain, boleh cecah hingga 20% ke 30%.
Sedangkan kos pajak cuma 1% sebulan.
Jadi, kalau 6 bulan, kosnya baru 6% (1% x 6 bulan).
Maksudnya kalau pajak, kita jimat 3% (9% - 6%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk tambah balik simpanan emas kita tu.
Tapi kalau dapat tebus EMAS tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.
Tapi kalau tak yakin dapat tebus balik dalam tempoh kurang 12 bulan, jual EMAS itu pilihan yang lebih baik.
Semoga bermanfaat.
#simpanemas #PublicGold #PGG100Network #arrahnu #pajakemas #jualemas
Ещё видео!