Bermula di Surau Kampung Wang Perah menyusuri jalan bertar sejauh 2 km. Seterusnya melalui jalan berbatu sejauh 3.5 km. Ada berapa alternatif jalan yang boleh dipilih. Kami memilih jalan tanah merah melalui Kebun getah hingga sampai ke sebuah rumah pondok Di tepi sungai. Awas ada anjing. Bermula perjalanan dalam hutan. Tak perlu risau sesat sebab laluan agak ketara. Tips jika terjumpa persimpangan selalu ambil Kiri. Bermula dari pondok ber anjing tadi jarak hingga ke Air Terjun Bukit Perangin lebih kurang 4.5 km. Trail yang mencabar kerana laluan berbatu, lecah dan berbukit. Perlu meredah 4 sungai. Memang meletihkan tetapi setibanya di Air Terjun semuanya rasa letih akan hilang. Ambil rehat secukupnya sebelum mulakan perjalanan balik. Perjalanan balik akan menjadi semakin mencabar kerana faktor keletihan. Oleh itu perlu lebih fokus dan berhati-hati terutamanya ketika melalui jalan berbatu.
Ещё видео!