20 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis di perairan negeri itu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain memaklumkan pasukan peronda mengesan pancang kayu mencurigakan di permukaan air.
Pemeriksaan kemudian menjumpai bubu naga berada di bawahnya.Rampasan dianggar bernilai RM1,600.
Pemilik bubu terbabit sedang dikesan.Kes dirujuk mengikut Akta Perikanan 1985. Penggunaan bubu naga diharamkan sejak November 2018.
Ещё видео!