Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan desas-desus bahawa pembentangan Bajet 2023 akan dipercepatkan daripada jadual asal.
Menyifatkan dakwaan itu tiada berasas sama sekali, beliau berkata, setakat ini tiada perubahan berkenaan tarikh pembentangan Bajet 2023 seperti mengikut kalendar Parlimen iaitu pada 28 Oktober depan.
Jelas beliau, dakwaan menyatakan Bajet 2023 akan dibawa ke hadapan hanya khabar angin semata-mata dan mengikut pengetahuannya, ia masih sama dengan kalendar Parlimen.
Setakat ini katanya, dalam kalendar tarikh pembentangan Bajet 2023 masih 28 Oktober.
====================
Ikuti kami di media sosial:
Facebook: [ Ссылка ]
Twitter: [ Ссылка ]
#BeritaAnda #BuletinTV9 #JanjiHappy
Ещё видео!