Anak Warganegara Asing yang Lahir di Malaysia dan Gagal Menunjukkan Pas Atau Permit Yang Sah Untuk Tinggal di Malaysia
Semua warganegara asing termasuk anak yang berada di Malaysia perlu memiliki suatu pas atau permit yang sah yang dikeluarkan kepadanya secara sah.
Kegagalan dalam perkara ini menyebabkan pelanggaran seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) menjadikan seseorang itu tergolong dalam imigran larangan di bawah subseksyen 8(3)(h) Akta yang sama dan menghadapi risiko untuk dikenakan tindakan undang-undang serta diusir keluar dari Malaysia.
Tindakan yang perlu lakukan jika anak anda tergolong dalam kategori ini:
Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
Sila bawa bersama perkara-perkara berikut (dokumen asal dan salinan):
Sijil lahir(JPN);
Pasport/Dokumen Perjalanan Baru anak;
Laporan Polis (bagi kes kehilangan pasport);
Tiket pesawat/bas/feri untuk keluar dari Malaysia (bawah 7 hari).
Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen.
Keperluan tambahan bagi Ibu Bapa:
Ibu atau bapa hadir bersama anak;
Pasport/Dokumen Perjalanan ibu atau bapa;
Sijil Perkahwinan ibu bapa;
Sijil perakuan kewarganegaraan daripada kedutaan;
MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan).
Bayaran:
Pas Khas: RM100.00
Ещё видео!