Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat membeli juadah berbuka puasa dan bertemu rakyat di Bazar Peringgit sempena lawatan baginda ke Melaka, petang semalam. Seri Paduka tiba di Pasar Ramadan Peringgit pada pukul 4.45 petang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kemudianya menghabiskan masa kira-kira 45 minit mengujungi bazar dan bermesra dengan peniaga bazar serta pengunjung.
Rata-rata penjual dan pengunjung bazar Ramadan meluahkan rasa teruja kerana buat kali pertama berpeluang melihat Seri Paduka berdua. Mereka turut sempat merakamkan kenangan manis kerana diperkenan untuk berswafoto dengan Tuanku.
Ещё видео!