BETULKAN BACAAN SURAH AL-IKHLAS
Salah satu amalan yang boleh dilakukan pada 10 Malam Terakhir Ramadan ialah dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Banyak kelebihan-kelebihan bila amalkan surah Al-Ikhlas ni, antaranya:
1. Dicintai Allah ta'ala
Suatu ketika ada sahabat melaporkan kepada Rasulullah ﷺ bahawa ada seorang lelaki yang setiap kali selepas solat selalu membaca surah Al-Ikhlas. Ketika ditanya alasannya , dia menjawab ” Kerana di dalamnya terdapat sifat Ar Rahman, dan aku suka untuk selalu membacanya. Rasulullah ﷺ pun bersabda "Katakan pada lelaki itu bahawa Allah juga mencintainya” (HR. Bukhari dan Muslim)
2. Setara dengan sepertiga Al-Qur’an
Rasulullah ﷺ pernah bertanya kepada para sahabatnya “Adakah diantara kalian yang mampu membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam? Para sahabat pun tidak ada yang mampu, kemudian Rasulullah ﷺ bersabda , “Qul huwallahu ahad itu setanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR Muslim)
3. Dibangunkan istana di surga
Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang membaca ‘qul huwa allah al-‘ahad sebanyak sepuluh kali, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah istana di dalam surga (HR. At-Thabrani)
4. Doa akan cepat dikabulkan
Rasulullah ﷺ pernah mendengar seseorang berdoa dengan lafadz, “Allaahumma innii as-aluka, biannii asyahdu annaka antallaah, laa ilaa ha ilaa anta, antal ahadush shomad, alladzi lam yalid walam yuu lad, walam yakullahuu kufuwan ahad”. Ketika mendengar itu, Rasulullah ﷺ pun bersabda kepad orang tersebut, “Engkau telah memohon kepada Allah dengan nama yang paling agung. Bila Dia diminta dengannya, maka Dia akan memberi dan bila dipanjatkan doa kepadaNya dengannya maka Dia akan mengabulkan (HR. Abu Dawud dan Al-Hakim dari Abdullah bin Buraidah dari bapaknya ra)
Semoga bermanfaat dan dapat sama-sama kita amalkan.
Ещё видео!