#durian #musangking #durihitam #tanamdurian #busutdurian #durianindonesia #durianmalaysia
Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan2 semua..😊😊 terima kasih menonton channel d'kebun andak.. Jadi dalm vedio ini saya kongsikan kaedah menanam anak durian musang king menggunakan kaedah busut. Kaedah ini adalah cara efektif dalam mengatasi masalah air yang bertakung dikawasan pangkal.
Durian adalah tanaman variariti yang tidak tahan sekiranya ditenggelamai air terutama dari baka durian kawin seperti musang king, duri hitam, ioi, udang merah, tekka dan sebagainya,. Sekiranya ditengelami air dipangkal pokok pun sudah cukup membuatnya mati lemas. Pelbagai kaedah tanaman digunakan seperti tanam menggunakan sistem busut , sistem saliran air, longkang dan piping yang terurus untuk mengelakkan lebihan air pada pokok
Ikuti penerangan saya dalam vedio ini.. semoga ianya dapat memberikan informasi dan tip berguna kepada semua.
Kebaikan dan kelebihan tanam durian kaedah busut..
1. Tanah kekal peroi dan longgar dalam tempoh durian mula bertapak.
2. Busut dengan Ketinggian 1-1.5 kaki dapat memberi satu tempoh masa pengukuhan untuk akar mula berkembang dan membina kedudukan sebelum menempuh tanah asal.
3. Dapat mengelak dari air bertakung di pangkal/hampir dengan akar. 4. Dapat mengelak dari rumpai liar/patogen/kulat bawaan air semasa hujan.
5. Memudahkan urusan mengawal rumpai, tanah longgar mudah cabut.
6. Baja butiran tidak akan hanyut ketika hujan. 7. Kawasan busut/ketinggian/tiada rumpai memberi satu benteng semulajadi kepada ulat/belalang untuk menyerang.
8. Secara fizikalnya nampak tanah cepat kering, tapi bila dikorek di dalamnya mengekalkan kelembapan.
9. Dapat mengelakkan kemalangan termesin pangkal semasa memesin rumput, dapat menyediakan zon khas untuk menabur kompos/mulching dll.
10. Babi tidak berminat dengan pokok di atas busut, ada tapak di sekitar tebing busut sahaja, pokok masih tidak terusik. (Mungkin bergantung kepada kawasan tertentu).
Kaedah sebenar tanam durian- aplikasi teknik busut
Теги
busutkelebihankekurangankebaikansistem busuttanam busutmini busutsaliranpipingkeburukanfaedahcarateknikkaedahbagaimanamudahsenangcepat besarfoliarpembajaancara tanamwater pumpwaterpumpmusang kingdurianduri hitamocheemotongioiterbaiksedapcepat berbuahpenjagaankosbajetjarakbajapupuknpkpupuk organikorganikParitlongkangbibitbaworindonesiamalaysiaCarasopsprinklerairbetulpahangroyal pahangpencerobohPerbezaan