Filem Bawang Putih Bawang Merah merupakan sebuah filem Malayu yang diterbitkan di Malaysia. Filem Bawang Putih Bawang Merah diarah oleh pengarah S. Roomai Noor pada 1959.
Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Labu dan Kundor. Hasil dari perkahwinannya yang pertama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Bawang Merah. Isteri keduanya, Kundor turut melahirkan seorang anak perempuan bernama Bawang Puteh.
Selepas kematian Pak Ali, hidup Labu dan Bawang Merah semakin terseksa apabila mereka dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah. Tambah menyedihkan, Kundor tergamak membunuh Labu. Hidup Bawang Merah semakin tertekan. Kelembutan, kecantikan dan kemerduan suara Bawang Merah telah berjaya menambat hati seorang putera raja negeri itu.
Putera raja tersebut melamar Bawang Merah. Mereka berkahwin dan hidup bahagia. Kundor dan Bawang Puteh semakin cemburu. Dalam diam mereka berhasrat untuk menghancurkan perkahwinan tersebut. Bawang Merah dipukau dan disuruh melakukan pelbagai muslihat untuk menguji kasih sayang putera raja itu terhadapnya. Berjayakah rancangan Kundor dan Bawang Puteh untuk menghancurkan kebahagiaan Bawang Merah?
DIBINTANGI:
Latifah Omar
Umi Kalthoum
Mustapha Maarof
Aminah Yem
Siti Tanjung Perak
Puteh Lawak
Lagu2♫
Laju-laju Buaiku Laju
Perigi Biru
Bunga Hutan
Bunga Anggerik
Sireh Pinang
Ещё видео!