11 Jenis Skim Bantuan JKM 2021
Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
Elaun Pekerja Cacat (EPC);
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
Bantuan Orang Tua (BOT);
Bantuan Am Persekutuan (BA);
Bantuan Anak Pelihara (BAP);
Bantuan Latihan Perantis (BLP);
Bantuan Geran Pelancaran (GP);
Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
Tabung Bantuan Segera (TBS).
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Peluang lebih cerah jika jadi orang pertama mohon bantuan, join Telegram kami sekarang! [ Ссылка ]
Berikut diterangkan cara permohonan dan pautan untuk setiap bantuan di atas.
Bantuan Bulanan
Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.
Bantuan Kanak-kanak – Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan
Bantuan Anak Pelihara – RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Bantuan Warga Emas – RM500 sebulan seorang.
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM450 sebulan seorang
Bantuan Am Persekutuan – RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM300 seorang sebulan.
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar – RM500 sebulan seorang.
Bantuan Latihan Perantis – RM200 sebulan seorang.
Bantuan Sekaligus
Geran Pelancaran – Maksimum RM2,700 sekaligus.
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan – Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas – Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
Cara Permohonan (eBantuan JKM)
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERMOHONAN MANUAL
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
PERMOHONAN ONLINE
Permohonan Bantuan JKM 2021 boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:
[ Ссылка ]
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat
Maklumat Lanjut
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel
Ещё видео!