MALAYSIA terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mendapatkan 'ibu emas' pada final bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017), namun semangat mereka tidak dibiarkan luntur sejurus tamat perlawanan yang menjadi tumpuan ramai itu.
Bagaikan memahami perasaan pemain, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke bilik persalinan untuk memberikan kata-kata dorongan kepada skuad negara supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka.
Ещё видео!