Kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta bagi menggalakkan perkembangan syarikat tempatan dalam industri bioteknologi menerusi program Bio-based Accelerator (BBA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelulusan itu selaras perbincangan antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Kementerian Kewangan yang mengadakan sesi konsultasi berhubung perkara itu.
Katanya, BBA dilaksanakan Bioeconomy Corporation amat signifikan memandangkan MOSTI mempunyai ekosistem yang kondusif bagi menyokong pembangunan industri bioteknologi negara untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Beliau mengumumkan perkara itu pada pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Isnin.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!